Sunday 29 July 2012

SYAIR

 Syair ialah jenis puisi Melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandungi 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud . Keempat-empat baris itu pula berirama sama . Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat , sindiran , nasihat , pengajaran , agama , dan juga berasaskan sejarah atau dongeng .

Ciri-ciri Bentuk Syair

    Syair merupakan puisi terikat . Sebaris rangkap mempunyai 4 baris . Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu . Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun . Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap kesatu rangkap untuk membawa  kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut . Perkataan dalam setiap sebaris tetap 4-5 . Manakala bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris . Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a .


Jenis Syair
                         
Ornag berakal sangatlah mulia ,
Pakaian anbia dan aulia ,
Barang siapa yang mengikut dia ,
Itulah tanda orang bahagia .

Kerana ia akalnya tajam ,
Jikalau mata melihatkan kejam ,
Disebutlah jalannya ia tersunjam .

Telek pandangan dengan makrifat ,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat ,
Tiada mengasihi orang yang jahat ,
Takut akhirnya menjadi fazihat .

Sebagai lagi tanda berakal ,
Peraintah syarak tidak menyangkal ,
Menjauhkan tamak hendak tawakal ,
Ibannya tahu dunia tak kekal .


Syair kedua

Itulah laut yang maha indah ,
Kesanalah kita semuanya berpindah ,
Hasilkan bekal kayu dan juadah ,
Selamatlah engkau semuanya musyahadah .

Silau itu ombaknya kisah ,
Banyaklah akan kesana berpindah ,
Taufan dan ribut terlalu azamah ,
Perbetul pedoman jangan berubah .

Inngati sungguh siang dan malam ,
Lautnya deras bertambah dalam ,
anginpun kencang ombaknya rencam  ,
Inggati perahu janganlah tenggelam .

Jikalau engkau ingati sungguh ,
angin yang kencang menjadi teduh ,
Tambahan selalu tetap yang cabuh ,
Selamat engkau ke pulau itu berlabuh .

Fungsi syair
  1. Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
  2. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan suara “tukang lagu” dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.
  3. Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat/
  1. Ketika sambutan maulud/
  2. Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria
  3. Digunakan dalam adat perkahwinan

MANTERA

Sebuah lagi jenis puisi bebas yang dianggap tua dalam perpuisian Melayu ialah mantera yang termasuk di bawahnya jampi serapah dan seumpamanya . Ia diungkap oleh pawang atau bomoh berhubugn dengan kepercayaan tertentu bagi tujuan magi penyembuhan penyakit , perlindungan pengasih , penyeri serta penawar . Sebagai puisi bebas ia tidak terikat dan tiada ukuran tertentu dari segi panjang pendek , jumlah perkataan dalam satu-satu baris dan tidak ditentukan daripada segi rima . Bagi sesebuah mantera biasanya ada bahagian permulaan , bahagian , badan dan bahagian penutup .

Isinya tentang persoalan magi perubatan dan perbomohan . Sesebuah mantera kadang-kadang disulami dengan puisi-puisi lain . Oleh sebab matera berupa sejenis puisi tua , maka di dalamnya terkandung pelbagai kepercayaan yang berasal daripada animisme , hindu , dan islam . Dari segi fungsinya jelas mantera digunakan bagi tujuan perubatan keyakinan diri yang bersifat psikologi , perlindungan dan pemujaan . Antara mantera ialah , pending , pemanis , puja padi , menjerat burung , penawar bisa , serapah mengalin , cacak tiang rumah dan main lukah .

Pemagar


Bismi I - llahi r - Rahmani r - Rahim
Allah payung aku
Jibrail pagar aku
Malaikat empat puluh empat kota aku
Aku berjalan dengan kuasa Allah
Aku melenggang dengan lenggang Muhammad
Berkat doa la illaha i - llallah


Fungsi 


  • Menyembuhkan penyakit dan menghala makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau yang menganggu kehidupan seseorang dan masyarakat 
  • Dijadikan sebagai pemanis , pengasih dan pembenci 
  • Mantera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat                             

TALIBUN

Talibun ialah bahasa berirama yang umum sifatnya . Talibun juga jenis puisi bebas yang diunkapkan dalam cerita rakyat bagi menjadikan cerita yang lebih menarik . Talibun mungkin gambaran sesuatu peistiwa , tokoh , pakaian , Kecantikan watak , alamiah , dan sebagainya .

Tema dan persoalan dalam talibun adalah pelbagai . Bentuknya bebas iaitu tidak ditentukan jumlah baris , perkataan dan suku kata bagi setiap baris . Bhasa yang digunakan indah dengan perulangan rentak , irama dan ada keharmonian . Contohnya :


Menjunjung Duli

Mengangkat kadam jari sepuluh
Kuncup seperti sulur bakung
Jari seperti susun sirih
Menbawa langkah setugal kacang
Lenggang bernama setabur bayam
Melangkah kaki yang kanan
Berderik canggai di kiri
Berderik canggai yang kanan
Dari jauh sesarkan dekat
Sudah dekat hampirkan sampai
Terdiri lutut yang kanan
Tertimpuh lutut yang kiri
Sembah bernama Lela sembah
Ulu dihantarkan ke atas riba


Ciri-ciri


  • Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris , jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang . Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu
  • Dalam sesuatu unti talibun , mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi lain seperti pantun , syair , dan sebgainya . Tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun . 
  • Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukkannya . Teknik perulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga perulangan seluruh puisi tersebut 
  • Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks . Misalnya , untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota , kecantiakn seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur didalam sesebuah cerita 
    Fungsi 

    • Fungsi dan kedudukan talibun aadalah sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara 
    • Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebgai pemerian kepada cerita dan memperjelaskan perlukisan tersebut 

    TEROMBA

    Teromba adalah susunan kata-kata adat . Ianya adalah puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris , bait , rima , atau jumlah perkataan dalam baris . Terdapat sisipan pelbagai puisi yang lain , misalnya pantun , gurindam , peribahasa dalam seuntai teromba . Isinya memuatkan hal-hal yang berhunungan dengan undang-undang , adat yang diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat . Contoh :

    Adat dan Hukum Syarak

    Adat dipakai syarat diturut
    Syarat mengata, adat memakai
    Adat bersendi hukum
    Hukum bersendi kitabullah
    Kuat adat tak gaduh hukum
    Kuat hukum tak gaduh adat
    Ibu hukum muafakat
    Ibu adat muafakat


    Ciri-ciri 

    Dari aspek bentuk :

    • Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi yang tidak terikat 
    • Rima akhir teromba adalah tidak tetap 
    • Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa 


    Fungsi 

    • Memberi panduan dan pendidiakn tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui , peraturan , dan undang-undang yang dibentuk 
    • Menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat . Penghulu , ulama masing-masing dengan tugas mereka . Begitu juga dengan pahlawan , juara , saudagar ,dan kaum wanita .

      Teromba Adat

      Hidup dikandung adat ,
      Mati dikandung tanah .

      Adat dipakai baru ,
      Kain dipakai using .

      Yang elok dipakai ,
      Yang buruk dibuang .

      Lembaga berlikungan ,
      Undang kelintasan .

      Duduk meraut ranjau ,
      Tegak meninjau jarah .

      Ke darat Adat Pepatah ,
      Ke laut Adat Temenggung .

       Adat bersendi hukum ,
      Hukum bersendi Kitab Allah .


      Maksud

      Rangkap pertama – Hidup seseorang sentiasa di penuhi dengan adat bila mati akan kembali ke tanah
      Rangkap kedua – Adat tidak akan luput tidak seperti kain yang senang ditukar-tukar .
      Rangkap bertiga – Yang baik diamalkan yang buruk di jauhkan .
      Rangkap keempat – Hidup dalam lingkungan adat
      Rangkap kelima – Duduk sentiasa membuat senjata serta selalu berwaspada dan bersedia .
      Rangkap keenam – Perbezaan adat Pepatih dengan adat Temenggung yang menentukan .
      Rangkap ketujuh -  Pergi kelaut secara beradat pergi ke darat secara sopan .
      Rangkap ke lapan – Adat mestilah berdasarkan hukum , dan hukum pula mestilah berdasarkan Kitab Allah .

      Ciri-ciri

      1. 2 baris 1 rangkap
      2. 2 hingga 4 patah perkataan
      3. 6 hingga 9 suku kata ( rangkap 3 baris 1 , rangkap 8 baris 2 )
      4. Teromba tersebut berbentuk terikat
      5. Rima akhir a,a dan a,b


      Tema

      Adat masyarakat yang mengamalkan adat Pepatih .

      Persoalan

      1. Persoalan kepentingan adat berpandukan masyarakat dahulu .
      2. Persoalan kebaikan adat Pepatih .
      3. Persoalan yang mengamalkan adat Rukun Islam.

      Nilai Masyarakat

      1. Masyarakat yang mengamalkan adat dalam kehidupan mereka .
      2. Masyarakat yang menghormati dan mengamalkan hukum-hukum keagamaan berdasarkan kitab .
      3. Masyarakat perlulah mengutamakan kebaikan dan menjauhi keburukan dalam kehidupan seharian serta selalu berfikiran positif .

      Pengajaran

      1. Kita hendaklah mengamalkan adat dalam kehidupan supaya adat tidak dilupakan begitu saja .
      2. Kita haruslah menerapkan pemikiran yang positif supaya setiap pekerjaan dapat disempurnakan dengan baik .

      Nilai Estetika

      1. Responsi iaitu “hidup dikandung tanah” , “adat dipakai baru” , “kedarat Adat Pepatih” , “kelaut berteromba”.
      2. Anafora iaitu “yang elok dipakai”
      3. Penggunaan bahsa arab iaitu “kitab Allah”.

    SELOKA

    Defisi Seloka

    Seloka merupakan sejenis karangan berangkap yang berasal daripada bahasa Sanskrit , ertinya karangan berangkap yang melarat iaitu tiada tetap sajaknya . Isinya dan maksudnya terus menerus sahaja seperti syair , iaitu tidak mempunyai pembayang maksud . Seloka tidak banyak perbezaannya dengan gurindam . Perbezaan antara kedua-dua puisi lama ini terletak pada isinya . Seloka memberatkan kelucuan , kejenakaan , serta maksudnya selalu tajam walaupun ia merupakan ejekan , sindiran , atau gurauan sahaja .

    Sebagaimana gurindam , tiap-tiap baris dalam seloka mempunyai hubungan antara satu sama lain .


    Contoh :

    Emak Si Randang

    Baik budi emak Si Randang
    Dagang lalu di tanakkan
    Tidak berkayu rumah diruntuh
    Anak pulang kelaparan
    Anak dipangku diletakkan
    Kera di hutan di susui

    Pak kaduk

    Aduhai malang nasib Pak Kaduk
    Ayamnya menang kampungnya tergadai
    Ada nasi dicurahkan
    Awak pulang kebuluran
    Mudik menongkah surut
    Hilir menongkah pasang
    Ada isteri dibunuh
    Nyaris mati oleh tak makan
    Masa belayar kematian angin
    Susuh dilabuh bayu berpuput
    Ada rumah bertandang duduk


     Seloka Pak Pandir

    Anak dipijak,dagang dijinjing
    Kucing dibunuh, tikus dibela
    Harta habis, badan tergadai
    Mendengar gelagak dagang
    Tak sedar bertelanjang
    Mendengar guruh di langit
    Air tempayan dicurahkan
    Mulut kena suap pisang
    Buntut kena cangkuk onak
    Gunting makan di hujung
    Pak Pandir juga yang menanggung
    Apa didengar gelagat dagang
    Gelagak rambutan jantan
    Orang berbunga dia berbunga
    Orang berbuah dia haram
    Kilat memancar hujang tak lalu
    Awak juga berkecundangan



    Ciri-ciri Seloka
          
         Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif , jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang  seperti pantun. Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut . Antara contoh seloka yang terdapat dalam kesusteraan Melayu lama adalah :-
    • Seloka Emak Si Rendang
    • Seloka Pak Kaduk
    • Seloka Pak Pandir
    Fungsi Seloka

    • Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
    • Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.
    • Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial.

    GURINDAM

    Definisi

                Menurut Ismail Hmid ( 1989 ) , istillah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit . Walaupun berasal daripada bahasa asing  , tetapi dalam perkemnagan puisi perkembangan puisi Melayu . Gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu mempunyai bentuk yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit . Menurut Raja Ali Haji .  Adapun gurindam itu , iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangannya , tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasanganya sahaja , jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang jedua itu jadi seperti jawab ( Sutan Takdir Alisjahbana , 1954 )   
    Za'ba pernah mengatakan bahawa . " gurindam dan seloka lebih kurang sama , iaitu satu jenis syair meleret yang tidak teratur , berangkap-rangkap dan tiada tetap sukatnya , timbangnya dan sajaknya .Gurindam ialah puisi Melayu lama yang berbentuk dua baris serangkap . Tiap-tiap baris mempunyai bunyi yang sama pada hujung seperti syair . Makna baris yang pertama biasanya berhubung dengan makna baris yang kedua . Baris pertama kerap mengandungi amaran atau fikiran . Selain itu , sesetengah gurindam tidak mempunyai pertentangan bunyi . Terdapat juga ayat-ayat dalam gurindam yang tidak mempunyai rangkap .

        Gurindam berasal daripada bahasa tamil yang bermaksud “pepatah berangkap yang menjadi sebutan orang ramai” . Dalam persuratan Melayu , gurindam difahamkan sebagai sejenis syair melarat kerana tiada tentu rangkapnya . Sungguhpun demikian biasanya is mengandungi dua baris tidak seperti yang ditetapkan pada syair dan pantun .

        Isinya selalu mengandungi nasihat , buah fikiran yang bernas dengan bahasa yang berirama sebagai nyanyian . Isinya terus menerus seperti syair iaitu mempunyai pembayang maksud :


    i) Gurindam bertentangan bunyi


    Apabila banyak berkata-kata
    Disitulah jalan masuk dusta

    Apabila berlebih-lebihan suka
    Itulah tanda hampir duka

    Apabila kita kurang siasat
    Itulah tanda pekerjaan sesat

    Apabila anak tiada dilatih
    Jika besar bapanya letih

    Apabila banyak mencela orang
    Itulah tanda dirinya kurang


    ii) Gurindam yang tidak bertentangan bunyi

    Kelebihan nabi dengan mukjizatnya
    Kelebihan umat dengan alurnya
    Benar melurut dengan muafakatnya

    Negeri bertumbuh dengan adatnya
    Tatkala kecil bernama muafakat
    Sudah besar bernama adat
    Raja adat kepada muafakat
    Muafakat lalu di dalam gelap
    Adat lalu di tengah terang
    Hilang adat kerana muafakat




    Ciri-ciri Gurindam
    • Gurindam bahasanya selalu padat , bernas , mdan isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian , jenaka , senda gurau , kelakar dan sindiran giat yang bermaian-mainan dan mengeli-gelikan hati . Yang demikian menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa dan menyukakan-nyukakan hati hati . 
    • Seloka bahasanya kerap kali meleret dan melanjut , serta sindir giat nya selalunya tajam dan bias seperti mengejak , selain daripada itu boleh juga isisnya mengandungi perasaan-perasaan hiba-rawan , sedih-sayu , asyik-berahi , khayal , mimpi dan angan-angan 
    • Biasanya beberapa rangkap gurindam diperlukan untuk melengkapkan satu keseluruhan idea  . Seperti seloka , gurindam bukanlah puisi yang lumrah digunakan oleh masyarakat Melayu . Bentuk ini lebih formal penggunaanya . Puisi ini mungkin  digunaka dalam majlis-majlis tertentu . Oleh itu , sangat sukar untuk mencari contoh gurindam kecuali yang wujud dalam bentuk tulisan iait  " Gurindam Dua Belas " yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji

    Fungsi

    • Berdasarkan isinya , gurindam dapatlah dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan 
    • Gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancrkan kreativiti dan estetika 
    • Daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka . 
    • Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat . terutama , dalam majlis-majlis yang formal . 


    Contoh Gurindam

                                                   GURINDAM 12

    Cahari olehmu akan sahabat ,
    Yang akan dijadikan ubat .

    Cahari olehmu akan guru ,
    Yang boleh tahu setiap seteru

    Cahari olehmu akan isteri ,
    Yang boleh menyerahkan diri .

    Cahari olehmu akan kawan ,
    Pilih segala orang setiawan .



    Norma – norma Yang Baik Dalam Perhubungan Suami Isteri



    Isteri cantik permainan mata ,
    Isteri budiman tajuk mahkota .

    Perempuan bagus suntingan dunia ,
    Perempuan beriman sangat mulia .

    Suami isteri harus sekata ,
    Jauh segala silang sekata  .

    Suami tempat isteri bergantung ,
    Kepadanya  serahkan nasib dan untung .

    Jika suami tak berjati lurus
    Isterinya kelak menjadi kurus .

    Suami isteri tubuh yang dua ,
    Sekata hendaknya sampai ke tua .


    Maksud

    1. Isteri yang cantik ianya dipandang dilihat , manakala isteri yang budiman akan disanjung tinggi .
    2. Peempuan suntingan dunia bagus , manakala perempuan beriman dipandang mulia .
    3. Suami serta isteri hendaklah selalu bersama serta seia dan sekata .
    4. Suami yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan isteri terabai .
    5. Kalau suami pegang kuasa keluarga akan menjadi pincang jikaa asyik suami sahaja yang bertanggungjawab .
    6. Suami dan isteri adalah tubuh yang berbeza mereka sehaluan sampai ke tua .


    Tema

    Peranan suami isteri dalam rumahtangga .


    Persoalan


    1. Perlunya isteri yang cantik dan budiman untuk menjadi pasangan hidup .
    2. Perempuan yang beriman akan dimuliakan
    3. Memerlukan persefahaman suami isteri untk mengelakkan pergaduhan
    4 . Suami menjadi tempat isteri bergantung hidup
    5. Suami yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan isterinya terabai dan menderita .

    Nilai Estetika

    1. Ciri-ciri hyperbola “isteri cantik mainan dunia” , “perempuan bagus suntingan dunia” , “suami tempat isteri bergantung” , “jika suami tak berhati lurus” , “jika seorang ia binasa”.
    2. Sinkof iaitu “jika suami tak berhati lurus”.
    3. Metafora “sungguh suaimi pegang kuasa” , “jika suami berhati lurus” .
    4. “Isteri cantik permainan mata” pergulangan vocal  asonansi a ada 5 .
    6. Aliterasi “isteri cantik permainan mata” n ada 3
    7. Inversi “suami isteri harus sekata”  dapat ditukarkan kepada “harus sekata suami isteri”, “kepadanya serahkan nasib dan untung” ditukar menjadi “serahkan nasib dan untung kepadanya” .


    Ciri-ciri Gurindam

    1. Mempunyai 7 rangkap 1 baris
    2. 4-5 patah perkataan
    3. Suku kata 10 hingga 12 sahaja
    4. Gurindam jenis terikat iaitu a,a,a,a
    5. Baris antara baris gurindam ini berbentuk naratif .
    6. Dalam setiap baris memepunyai jeda
    7. Ia merupakan satu kesatuan idea


    PANTUN

    Definisi Pantun

    Pantun adalah cabang puisi Melayu Klasik yang paling popular . Pantun menjadi popular kerana sifatnya yang ringkas serta mudah diingati atau dihafal . Seseorang boleh mencipta pantun setelah mempelajari sifat-sifatnya iaitu :

    a) Terdapat dua bahagian dalam pantun iaiitu bahagian pembayang dan bahagian maksud . Bagi pantun 4 kerat , baris 1 dan 2 adalah bahagian pembayang . Manakala baris 3 dan4 adalah maksud . Begitu juga dengan pantun 6 kerat . Bahagian pembayangnya adalah pada baris 1, 2 dan 3 . Bahagian maksudnya pula adalah pada baris 4, 5 , dan 6 . 
    b) Rima akhirnya atau huruf di hujung baris adalah sejajar , iaitu bagi pantun empat kerat rima akhir biasanya “abab”. Untuk pantun 6 kerat biasanya rima akhirnya “abcabc”.
    c) Biasanya , setiap baris mestilah mempunyai 8 hingga 12 suku kata . Jumlah suku kata yang kurang atau lebih daripada suku kata tersebut menjadikan sesebuah pantun itu kurang bermutu . Dalam baris ini jumlah suku katanya boleh ditunjukkan sperti berikut
                                                                                Pu’lau pan’dan ja’uh ke te’ngah                   ~    9 suku kata
    Gu’nung da’ik ber’ca’bang ti’ga                    ~    9 suku kata
    Han’cur ba’dan di’kan’dung ta’nah              ~    9 suku kata
    Bu’di yang ba’ik di’ke’nang ju’ga                  ~     10 suku kata 
    d) Pantun boleh terdiri sendiri dalam satu rangkap dan dapat menyampaikan maksud dengan cepat dan berkesan. Selagi rima akhirnya terikat kepada rima pantun dan suku katanya mengandungi antara 8 hingga 12 , itu sudah cukup dikatakan sebagai cirri pantun yang baik .


    Jenis-jenis Pantun

        
    Secara umumnya pantun dapat dibahagikan kepada beberapa jenis . Akan tetapi mengikut pembahagian yang agak mudah , pantun dapat dibhagikan kepada tiga iaitu audiens , bentuk , dan tema .


    Penjenisan Pantun dari Sudut Audiens

    Satu daripada cara pembahagian pantun yang agak lumrah ialah melihat pantun-pantun itu dari sudut audiens , baik pihak yang berpantun mahupun pihak yang mendengarnya. Untuk itu kita selalu membahagiakannya mengikut peringkat usia . Dengan pembahagian ini kita akan mendapat sekurang-kurangnya 3 jenis audiens pantun iaitu pantun kanak-kanak , orang dewasa dan orang tua-tua . Misalnya :


    Pantun diatas merupakan pantun kanak-kanak . Pantun ini sering diperdengarkan oleh para ibu dan nenek yang sedang mendodoi anak atau cucu . Atau seterusnya pantun ini :




    Buah cempedak diluar pagar ,
    Ambil galah tolong jolokan ,
    Saya budak baru belajar ,
    Kalau salah tolong tunjukkan .
    Nasi lemak buah bidara ,
    Bunga selasih hamba lurutkan ,
    Buang emak buang saudara ,
    Kerana kekasih saya turutka .
    Hang Tuah , Hang Kasturi ,
    Budak-budak Raja Melaka ,
    Jikalau hendak jangan dicuri ,
    Mari kita bertentnag mata .










    Pantun diatas merupakan pantun kanak-kanak yang telah sampai ke peringkat belajar dan mengaji dengan jelasnya memperlihatkan pantun yang sesuai dikatakan sebagai pantun kanak-kanak .



    Cahaya redup menyegar pagi ,
    Ayam berkokok mengirai tuah ,
    Jikalau hidup tidak berbudi ,
    Umpama pokok tidak berbuah.





    Pantun diatas dapat pula kita anggap sebagai pantun yang sesuai untuk mereka yang telah keluar daripada alam kanak-kanak , yakni bagi bagi merekayang memasuki alam remaja , dengan darah panas , suka bergaduh dan sedand bercinta . Seterusnya ada pula pantun-pantun yang ketara bersifat nasihat dan pengajaran yang tertentunya diutarakan oleh orang-orang tua . Bagiamanapun tentu sahaja pendengarnya terdiri daripada mereka yang jauh lebih muda . Perhatikan pantun berikut :

    Cahaya redup menyegar pagi ,
    Ayam berkokok mengirai tuah ,
    Jikalau hidup tidak berbudi ,
    Umpama pokok tidak bertuah .

    Pantun diatas besar kemungkinan telah digunakan oleh orang tua-tua bagi tujuan menasihati dan mengajar generasi muda . 


    i)
    Pantun kanak-kanak semasa bayi
    ii)
    Pantun kanak-kanak
    iii)
    Pantun remaja
    iv)
    Pantun orang tua
                                                                                                                                                      Penjenisan Pantun Dari Sudut Bentuk

                                                                                                                                                                     Selain melihat pantun dari sudut audiens , Pantun Melayu tradisional juga dapat ke dalam beberepa jenis mengikut bentuknya . Kita telah mengetahui daripada sudut huraian pada awal tadi dimana pantun terdiri baris-baris yang berpasangan itu kita dapat 
    mengenal pasti 8 bentuk pantun iaitu  

    Bagaimanapun umumnya pantun dari sudut bentuk dibahagikan kepada empat kategori iaitu :

    i) Pantun 2 baris yang dikenal juga sebagai paman atau pantun kilat
    ii) Pantun 4 baris
    iii) Pantun lebih daripada 4 baris
    iv) Pantun berkait


    Perjenisan Pantun dari Sudut Tema

           Satu lagi cara pembahagaian pantun yang lazim dibuat bagai mengikut tema . Akan tetapi cara pembahagian mengikut tema agak rumit sedikit . Kerumitan ini timbul lantaran serangkap pantun itu tidak jelas temanya atau kadangkala serangkap pantun itu memepunyai pelbagai tema .

    i)
    Adat resam manusia
    vi)
    Kepahlawanan
    ii)
    Agama dan kepercayaan
    vii)
    Nasiahat dan pendidikan
    iii)
    Budi
    viii)
    Peribahasa
    iv)
    Jenaka
    ix)
    Kembara
    v)
    Teka-teki
    x)
    Percintaan







    Pantun Budi

    Pisang emas di bawa belayar ,
    Masak sebiji diatas peti ,
    Hutang emas boleh di bayar ,
    Hutang budi di bawa mati .

    Pulau Pandan jauh ke tengah ,
    Gunung Daik bercabang tiga ,
    Hancur badan di kandung tanah ,
    Budi baik dikenang juga .

    Tenang-tenang air di lauyt ,
    Sampan kolek mudik ke Tanjung ,
    Hati terkenang mulut menyebut ,
    Budi baik rasa di junjung .


    Ciri-ciri

    1. Jenis puisi adalah pantun
    2. Merupakan pantun 4 kerat |
    3. Terdiri daripada 3 rangkap
    4. Setiap rangkap mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan
    6. Bilangan suku kata sebaris ialah 9 hingga 10 patah perkataan
    7 Sejenis pantun yang terikat
    8. Rima akhir pantun ini adalah a,b,a,b


    Nilai Estetika

    1. Asonansi iaitu pergulangan vocal a . Contohnya rangkap 1

         Pisang emas dibawa belayar ,    
         Masak sebiji di atas peti ,
         Hutang emas boleh di bayar ,
         Hutang budi di bawa mati .

    2. Aliterasi iaitu pergulangan konsonan n . Contoh rangkap 2

         Pulau Pandan jauh ke tengah ,
          Gunung Daik bercabang tiga ,
         Hancur badan dikandung tanah ,
         Budi baik dikenang juga .

    3 . Personafikasi contoh “tenang tenang air di laut
    4. Hyperbola contohnya “hutang emas dibawa mati” , “budi baik rasa nak junjung
    5. Anafora “hutang emas boleh di bayar , hutang budi di bawa mati”
    6. Responsi contohnya rangkap 1

         Pisang emas di bawa belayar ,
         Masak sebiji diatas peti
         Hutang emas boleh di bayar ,
         Hutang budi di bawa mati .

    Pantun Kasih Sayang


    Dari mana pipit melayang ,
       Dari paya turun ke padi ,
    Dari mana datangnya sayang ,
       Dari mata turun ke hati .

    Air dalam bertambah dalam ,
       Hujan di hulu belum berteduh ,
    Hati dendam bertambah ,
        Dendam dahulu belumlah sembuh.


    Maksud

    Menceritakan mengenai kasih sayang dari mana mula datangnya sayang kalau bukan dari mata hinggalah turun ke hati . Selain itu , dendam bertambah kerana dendam yang dahulu belum sembuh dan masih ada .


    Nilai Kemanusiaan

    1. Masyarakat penuh dengan kasih sayang
    2. Kasih sayang terhadap orang lain



    Kepentingan

    1. Menyampaikan rasa kasih sayang
    2. Memupuk serta menyemai rasa kasih sayang dalam diri masing-masing atau masyarakat
    3. Meluahkan isi hati
    4. Memberi pengajaran , peringatan nilai , mendidik , amanah , jujur serta prihatin

    Nilai Estetika


    1. Asonansi iaitu pergulangan vocal a . Contoh rangkap 1
     
        Dari mana pipit melayang
        Dari paya turun ke padi ,
        Dari mana datangnya sayang ,
        Dari mata turun ke hati .

    2. Aliterasi iaitu pergulangan konsonan m seperti dalam rangkap 2 .

         Air dalam bertambah dalam ,
         Hujan di hulu belumlah teduh ,
         Hati dendam bertambah dendam ,
         Dendam dahulu belumlah sembuh .

    3. Anafora contohnya rangkap 1

        Dari mana pipit melayang ,
        Dari paya turn ke padi ,
        Dari mana datangnya sayang ,
        Dari mata turun ke hati .

    4. Responsi cintohnya rangkap 1

        Dari mana pipit melayang ,
        Dari paya turun ke padi ,
        Dari mana datangnya sayang ,
        Dari mata turun ke hati .







    Pantun Nasihat


    Tanam bunga di dalam pasu ,
       Bunga melati bunga pandan ,
    Jangan ikut hawa nafsu ,
      Kelak nanti binasa badan .

    Burung tiung terbang tinggi ,
       Burung merpati mencari sarang ,
    Kalau sombong meninggi diri ,
        Kemana pergi dibenci orang .


    Maksud

    Pantun tersebut menceritakan tentang tumbuh-tumbuhan dan haiwan . Selain itu , menasihati supaya jangan ikut hawa nafsu kerana ia akan mendatangkan keburukan .


    Ciri ciri pantun

    1. Pantun ini jenis terikat a,b,a,b
    2. Mempunyai 2 rangkap
    3. 1 rangkap mempunyai 4 baris serta 4 hingga 5 patah perkataan dan 8 hingga 9 suku kata
    4. Pemilihan kata menjurus kepada nasihat
    5. Aliterasi iaitu  “kelak nanti binasa badan” mempunyai konsonen n sebanyak 4 kali .
    6. Asonansi ( a,e,I,o,u ) “tanam bunga di dalam pasu” asonansi tersebut  a ada 6 .
    7. Hiperbola “kelak binasa badan , kalau sombong meninggi diri




    Nilai Kemanusiaan



    1. Nilai kesedaran contohnya jikalau kita meninggi diri ke mana sahaja kita akan dibenci orang .
    2. Nilai keinsafan dari sudut agama iaitu jangan riak , sombong , angkuh serta bongkak .



              Pantun Agama

    Banyak hari antara hari ,
          Tidak semulia hari Jumaat ,
    Banyak nabi antara nabi ,
           Tidak semulia Nabi Muhammad .


    Anak ayam turun sepuluh ,
            Mati seekor tinggal Sembilan ,
    Bangun pagi sembahyang subuh ,
             Minta ampun kepada Tuhan .



    Nilai Kemanusiaan

    1. Gaya bahasa ( kata-kata reliven , tema , nada dan agama )
    2. Ayat sesuai dengan menggunakan bahasa Figura iaitu ( Semulia Nabi Muhammad )
    3. Metafora adalah “ minta ampun “ ialah sesuatu yang tidak nampak
    4. Simile tiada
    5. Metafora ( abstrak , konkrit ) ialah Tidak semulia Nabi Muhammad .
    6. Personafikasi adalah sifat manusia yang diberi kepada hari iaitu tidak semulia hari Jumaat .
    7. Sifat manusia diberi kepada lambang alam . Contoh hari dan anak ayam ( penggunaan unsur alam )
    8. Anafora iaitu “banyak dan tidak”

    Ciri cirI Pantun

    1. Pantun ini mempunyai sinis iaitu sindiran tetapi gaya bahasanya lembut penuh dengan sindiran halus tapi lembut penuh dengan protes .
    2. Melankolik ( murung ) romantic yang tenang dan menyenangkan .
    3. Patriotik adalah penuh dengan semangat
    4. 2 rangkap serta mempunyai 4 baris setiap rangkap .
    5. Suku kata 8-9 .
    6. Rima akhir jenis terikat a,b,a,b.
    7. Mempunyai banyak aliterasi dan juga ansonansi iaitu pengulangan vocal a,e,I,o,u .
    8. Pantun ini juga mempunyai inverse iaitu turun sepuluh anak ayam .
    9. Pantun ini juga mempunyai perbandingan antara hari dan nabi .
    10. “Antara , semulia “ pergulangan ditengah baris .