Sunday, 29 July 2012

SYAIR

 Syair ialah jenis puisi Melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandungi 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud . Keempat-empat baris itu pula berirama sama . Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat , sindiran , nasihat , pengajaran , agama , dan juga berasaskan sejarah atau dongeng .

Ciri-ciri Bentuk Syair

    Syair merupakan puisi terikat . Sebaris rangkap mempunyai 4 baris . Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu . Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun . Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap kesatu rangkap untuk membawa  kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut . Perkataan dalam setiap sebaris tetap 4-5 . Manakala bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris . Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a .


Jenis Syair
                         
Ornag berakal sangatlah mulia ,
Pakaian anbia dan aulia ,
Barang siapa yang mengikut dia ,
Itulah tanda orang bahagia .

Kerana ia akalnya tajam ,
Jikalau mata melihatkan kejam ,
Disebutlah jalannya ia tersunjam .

Telek pandangan dengan makrifat ,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat ,
Tiada mengasihi orang yang jahat ,
Takut akhirnya menjadi fazihat .

Sebagai lagi tanda berakal ,
Peraintah syarak tidak menyangkal ,
Menjauhkan tamak hendak tawakal ,
Ibannya tahu dunia tak kekal .


Syair kedua

Itulah laut yang maha indah ,
Kesanalah kita semuanya berpindah ,
Hasilkan bekal kayu dan juadah ,
Selamatlah engkau semuanya musyahadah .

Silau itu ombaknya kisah ,
Banyaklah akan kesana berpindah ,
Taufan dan ribut terlalu azamah ,
Perbetul pedoman jangan berubah .

Inngati sungguh siang dan malam ,
Lautnya deras bertambah dalam ,
anginpun kencang ombaknya rencam  ,
Inggati perahu janganlah tenggelam .

Jikalau engkau ingati sungguh ,
angin yang kencang menjadi teduh ,
Tambahan selalu tetap yang cabuh ,
Selamat engkau ke pulau itu berlabuh .

Fungsi syair
  1. Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
  2. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan suara “tukang lagu” dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.
  3. Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat/
  1. Ketika sambutan maulud/
  2. Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria
  3. Digunakan dalam adat perkahwinan

No comments:

Post a Comment